perkongsian..

Wednesday, January 12, 2011

PERKAHWINAN SUKU KAUM SUNGAI : SATU KAJIAN DI KINABATANGAN.


PENGENALAN


1.1        Pendahuluan

Tujuan proposal ini di rangka adalah untuk menjelaskan satu isu yang  menarik perhatian manusia terutamanya masyarakat suku kaum sungai di Sabah. Suku kaum sungai merupakan salah satu suku kaum  pribumi yang ada di Negeri Sabah. Justeru saya ingin merungkai sejauh mana potensi masyarakat suku kaum sungai ini dapat mempengaruhi adat–adat suku kaum yang lain yang ada di Negeri Sabah. Sabah mempunyai keluasan 73.711 kilometer persegi dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan, dan Bahagian Tawau. Pada masa kini, telah banyak penduduk di kawasan pedalaman memeluk agama Islam, Kristian, dan agama lainnya. Secara puratanya  penduduk yang beragama Islam dianggarkan sebanyak 50%, Kristian 35%,  dan selebihnya merupakan penganut agama lain dan 5%  lagi tidak menganut apa–apa agama.

Dari segi catatan sejarah, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan berkebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan. Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan panggilan the river people.

Selepas peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan, bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian. Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai.

2 comments:

  1. tesis mu ka ni deem....teda sudh bnda len yg ko mo tulis

    ReplyDelete
  2. Kalau kajian atau buku sudah diterbitkan sila hubungi saya di k@Borneo Society untuk peluang berkongsi maklumat Orang Sungai dengan institusi maklumat seluruh Borneo, juga dunia. Sila lawat website kami www.kborneo.com atau email kami di info@kborneo.com atau terus kepada saya mzikrun@kborneo.com.

    ReplyDelete